SOALAN TRIAL (update 24 sept 2009)
by ahlam on Sep.23, 2009, under TAzKiRAh
DISINI PIHAK ADMIN SERTAKAN BEBERAPA LINK UNTUK FILE DARIPADA PN.AZILAH(KETUA JABATAB SAINS)
http://www.mediafire.com/?sharekey=38a8524734551c8d8d78a0e555291609b87fef1f2f372518f0a154af670496da
dan
http://www.mediafire.com/?sharekey=38a8524734551c8d8d78a0e55529160926672931c01c8fe2e04f31aacf568dab
atau jika tidak diterima penguna boleh download dari:
http://www.4shared.com/file/135017897/fe2bf24c/Fizik_sbp_2008.html (untuk fizik 2008)
TERDAPAT JUGA BEBERAPA SITE LAIN YANG BOLEH DICUBA UNTUK MENDAPAT SOALAN PERCUBAAN NEGERI2:
http://banksoalanspm.blogspot.com/
http://www.banksoalanspm.com/Download.html
http://www.koleksisoalan.blogspot.com
sOalan TriaL
by ahlam on Sep.23, 2009, under TAzKiRAh
kami akan mengupload dalam masa terdekat
harap maaf
PuaSA
by ahlam on Sep.17, 2009, under TAzKiRAh
AlHamdulillah.
puasa sudah hampir tiba ke penghujun. mcm mana puasa tahun ni?
amalan makin bertambah ke dari tahun lepas?..
moga2 puasa kita makin makin elok dari tahun ke tahun..
renung2 kan lah
10 hari pertama, keampunan
10 hari pertengahan, kerahmatan
10 hari terakhir, kebebasan dari api nerara.
rebutlah peluang itu sebelum terlepas.
KeLeBIHan BasmALLAH
by ahlam on Sep.10, 2009, under TAzKiRAh
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.
Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH
Pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah
Turunkan kepada Jibrail.
2. “BISMILLAH untukmu Dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap Mata pun sejak BISMILLAH diturunkan Kepada Adam.” (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin Terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang Dan terlempar Semua syaitan.
4. Demi Allah Dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit Melainkan menjadi ubat untuknya Dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu Melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia Dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu Perkara yang baik.
6. Jumlah Huruf dalam BSMILLAH Ada 19 huruf Dan malaikat Penjaga neraka Ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas’ud berkata: “Sesiapa yang ingin Allah
Selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap Hari.”
7. Tiap huruf BISMILLAH Ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,”Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya Dan kamilah Kehebatannya.”
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
Mengangkat namanya Di syurga yang sangat tinggi Dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan
Bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian Dan kebakaran, maut mendadak Dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,hinalah Dan masuk ketakutan Dalam hati is zalim serta naiklah keberanian Dan Kehebatan kepada is pembaca.
Sabda Rasulluah, “siapa yang menyampaikan satu ilmu Dan Orang Yang mengamalkannya maka dia akan Beroleh pahala walaupun sudah Tiada….”
BeRtuaHNya
by ahlam on Sep.04, 2009, under TAzKiRAh
Saya suka tengok jari awek saya…
Cantik betul… Sungguh!Sampai takut nak pegang…
Bukan takut patah…Tapi takut nanti jari kitorang
tak boleh tolong each other
Di satu hariyang giler forever depan yang maha Esa…
Saya suka tengok rambut awek saya…
Cantik betol… Sungguh!Sebab tu saya belikan tudung…
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak….
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever..
Saya suka tengok body awek saya….
Cantik betol… Sungguh!Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die
Yang Utama Dia lagi cantik danberseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye…
Saya sedih tengok awek saya Tak tido,
tak makan rindu kat saya…Saya pun macam tu jugak,
problem yang sama..Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa…
Semoga lebih cintakan Nya dari saya…
Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya…
“Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla” katenya…
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib
gitu Die tak katasatu aper pun…Berdosanye saya….
Kesimpulannya saya memang sayang dia…
Nak jumper die giler forever…
Yang forever punye forever…
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama…
Bahagia selamanya…
Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti…
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni…
Semoga kami menginsafi diri…
Ya Allah ampunkanlah kami….
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti..
AdA Apa dgn FACEBOOK
by ahlam on Sep.04, 2009, under TAzKiRAh
Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?
AEPi stands with Israel
Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?
Andai ada kebenaran bagi persoalan di atas..tepuk dada, tanyalah iman dan taqwa (IT).
Rahsia ayat ke 58-Yassin
by ahlam on Sep.02, 2009, under TAzKiRAh
Kita selalu baca surah yassin, tapi lupa untuk berniat seperti yang di bawah ni. Rugi pulak rasanya.
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut ‘SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’ diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku…..
AMINnnnn.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih,
tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan
dakwah ini kerana Allah.
Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar…
AhlAn WasaHLan YA RAmaDHAn
by ahlam on Aug.21, 2009, under JuRnAl
Syukur dengan rahmatnya kita dipertemukan lagi dengan bulan yang menjadi kekasih anabiya serta para soleh serta solehah. bt semua diharap ramadhan tahun ini menjadi lebih bermakna dan diberkati hendakNya..
semoga ini menjadi satu titik tolak kepada perubahan yang lebih positif dan membawa kepada perubahan ummah yang lebih cemerlang. INSAYALLAH..
SELAMAt DATANG WAHAI RAMADHAN AL MUBARAK
KAMI MENANTI KETIBAAN MU DENGAN RASA SYUKUR
Beritahu Pada Muslimah
by ahlam on Aug.17, 2009, under TAzKiRAh
Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal…Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman…
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1379
KAsIH ku paDa Ramadhan
by ahlam on Aug.17, 2009, under TAzKiRAh
Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa
Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu
Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir
Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim
Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung
Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya
Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku
Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku
Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku
YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku
http://iluvislam.com